Tahap Pengetahuan dan Ramalan Gelagat Petani terhadap Kepatuhan Pembayaran Zakat Tanaman: Satu Tinjauan di Daerah Sabak Bernam

The Level of Knowledge and Predicting Farmer’s Behavioural towards the Zakah on Crops Compliance: A Review in Sabak Bernam

Authors

  • Fadilah Mat Nor
  • Teh Suhaila Tajuddin
  • Aza Shahnaz Azman

Keywords:

Zakat Tanaman, Petani, Tahap pengetahuan, Teori Tindakan Beralasan, Niat Kepatuhan

Abstract

Objektif utama kertas kerja ini adalah mengukur tahap pengetahuan petani tehadap zakat tanaman serta untuk menganalisa perbezaan tahap pengetahuan terhadap beberapa faktor demografi terpilih disamping cuba meramal gelagat kepatuhan petani terhadap pembayaran zakat tanaman. Tinjaun telah dilakukan di salah satu daerah utama di Selangor yang terkenal sebagai pengeluar padi utama di Selangor. Kajian melibatkan 325 orang petani dari pelbagai latar belakang telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak cluster merangkumi 3 mukim antara 5 mukim di Sabak Bernam iaitu Mukim Simpang Lima, Mukim Pasir Panjang dan Mukim Sungai Besar. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan responden terhadap Zakat Tanaman adalah berada ditahap sederhana (Skor Min = 3.61). Ditemui juga pendidikan, umur, pendapatan, tempoh pengalaman dan keluasan tanah tanaman menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada tahap pengetahuan petani. Kajian menggunakan teori gelagat ditanggap (TTB) bagi mengukur ramalan kepatuhan petani dan mendapati pemboleh ubah sikap dan norma subjektif masing-masing mempengaruhi secara positif dan signifikan terhadap niat gelagat (=0.68). Pembolehubah sikap menunjukkan pembolehubah paling mempengaruhi gelagat kepatuhan petani dengan. Beberapa langkah juga telah dicadangkan bagi meningkatkan tahap pengetahuan petani terhadap zakat tanaman.

 

The main objective of this study was to measure the level of knowledge among farmers towards zakat on crops and analize the differences between the knowledge towards the selected factors of demography besides to predict the influence of attitudes and subjective norms towards the compliance of zakat on crops. The sample of this study consisted of 325 farmers in areas of Sabak Bernam from 3 out of 5 areas named Mukim Simpang Lima, Mukim Pasir Panjang, and Mukim Sungai Besar. From the data sampled, the study found that the mean score showed the level of knowledge of farmers towards zakat of crops is moderately (3.61). This study was applied the Theory of Planned Behavior in an attempt to predict zakat on crops compliance intention behavior. The result of Multiple regression shows that the attitude and subjective norms were found significantly related to the intention (R2 = 0.68) with the attitude is the most significant variable among two variable measured (). Some suggestions and further research regarding this issues are suggested in order to improve the specific knowledge about zakat on crops among farmers with different theory.

 

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul, R. A. R. (2004). Menangani cabaran semasa Institusi Zakat di Malaysia: Satu Analisis. IKIM Jurnal. 12/1: 103-115.

Abidin, Z. dan Md. Idris, K. (2009). Sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap terhadap niat gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. IJMS, 16 (1), 31– 55.

Ahmad, H. B. (2006). Dilema perundangan zakat di Malaysia: Antara penguatkuasaan dan strategi pujukan/galakan/intensif membayar zakat, zakat: pensyariatan, perekonomian dan perundangan (ed. Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir; Bangi: Penerbit UKM).

Ahmad, S. M. dan Adibah, A. W. (2010). Pengurusan zakat di Selangor: Isu dan cabaran prosiding konvensyen kebangsaan & pengurusan harta dalam Islam (Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Bangi: UKM): 1-33.

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behaviour. Organization behaviour and human decision processes, 50, 179-211.

Ajzen, I. (2005). Attitudes, personality and behaviour (second). London, UK: Open University Press.

Amir, H. M. N. (2009). Peningkatan kutipan zakat Di Malaysia: Analisa faktor.

Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol. 4, No. 2, 2010:79-94.

Asmak, A. R. & Joni, T. B. (2005). Isu Dalam Kutipan Zakat Pertanian: Kajian di Selangor. dalam teori dan aplikasi kontemporari sistem ekonomi Islam di Malaysia, ed. Abdullah Alwi Hj. Hassan. (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd). 143-165.

Hairunnizam, W., Sanep, A. & Mohd, A. M. N. (2006). Kesedaran membayar zakat pendapatan di Malaysia. Laporan tidak diterbitkan. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamil, M. I., Chek, D. & Engku, I. E. A. (1997, Nov.). Zakat penggajian: Suatu tinjauan terhadap pengetahuan dan amalan muslimin negeri Perlis, Kertas kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Kamil, M. I. (2002). Gelagat kepatuhan zakat gaji dikalangan kakitangan awam. (Tesis Ph.D tidak diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

M. Rais, A. (2004). Strategi kutipan zakat di Kuala Lumpur, Malaysia. Kertas kerja zakat awards 2004, Institut Manajemen Zakat, Dompet Dhuafa Republika, 21 Oktober 2004.

Saad, R. A. J., Bidin, Z., Idris, K. M., & Hussain, M. H. M. (2010). Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Jurnal Pengurusan, 30(3), 49– 61.

Sanep, A., Hairunnizam, W. & Wiyadi. (2006). Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor pertanian di Malaysia. Jurnal Manajemen dan Bisnis 12, no. 1: 65-75.

Siti, R. H., Turiman, S. & Azimi, H. (2015). Pengaruh kepercayaan, motivasi dan niat terhadap golongan belia dalam aktiviti sukarela di Malaysia. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2), 1-10.

Zainol, B. & Kamil, M. I. (2007). A confirmatory analysis of zakah compliance behavioural intention on employment income. Malaysian Management Journal, 11(1&2), 101–112.

Zainol, B., Kamil, M. I. & Faridahwati, M. S. (2009). Predicting compliance intention on zakah on employment income in Malaysia: An application of reasoned action theory. Jurnal Pengurusan, 28(Julai), 85–102.

Laporan Tahunan Lembaga Zakat Selangor 2010

Laporan Tahunan Lembaga Zakat Selangor 2011

Laporan Tahunan Lembaga Zakat Selangor 2012

Laporan Tahunan Lembaga Zakat Selangor 2013

Laporan Tahunan Lembaga Zakat Selangor 2014

Laporan Tahunan Lembaga Zakat Selangor 2015

Laporan Tahunan Lembaga Zakat Selangor 2016

Published

2018-06-30

How to Cite

Mat Nor, F., Tajuddin, T. S. ., & Azman, A. S. . (2018). Tahap Pengetahuan dan Ramalan Gelagat Petani terhadap Kepatuhan Pembayaran Zakat Tanaman: Satu Tinjauan di Daerah Sabak Bernam: The Level of Knowledge and Predicting Farmer’s Behavioural towards the Zakah on Crops Compliance: A Review in Sabak Bernam. Journal of Management and Muamalah , 8(1), 43-57. Retrieved from https://jmm.kuis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/68