Hubungan di antara Kaedah Pembelajaran Koperatif dengan Kemahiran Bekerja Secara Berpasukan dalam Kalangan Pelajar KUIS

The Relationship between Cooperative Learning Methods and Teamwork Skills among KUIS Students

Authors

  • Safura Ahmad Sabri KUIS
  • Hanis Fatihah Mohamad Nazan KUIS
  • Nurauliani Jamlus Rafdi KUIS

Keywords:

Kemahiran insaniah, Kerja berpasukan, PdP, Pembelajaran koperatif

Abstract

Kemahiran kerja berpasukan merupakan antara elemen terpenting yang menjadi pelengkap kepada kemahiran insaniah dalam menghasilkan individu yang kompeten dan berkualiti serta seimbang daripada sudut akademik mahupun interpersonal. Perkara ini telah lama diperkatakan dan masih memerlukan proses penambahbaikan bagi mengatasi isu kebolehpasaran dan pengangguran dalam kalangan pelajar khususnya yang baru menamatkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi. Maka tidak hairanlah apabila perkara ini sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang berperanan dalam menghasilkan pelajar atau modal insan yang berpotensi dilengkapi dengan kemahiran insaniah bagi memenuhi pasaran semasa menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan, antaranya melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Justeru, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar serta menentukan hubungan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seramai 170 orang responden telah dipilih dalam kalangan pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Muamalah, KUIS. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menjalankan analisis deskriptif dan korelasi pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran bekerja secara berpasukan pelajar berada pada tahap yang tinggi serta terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar. Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif mampu mendorong pelajar dalam pelajaran iaitu seiring dengan kemahiran bekerja secara berpasukan pelajar kerana terdapat perbincangan dan kerjasama antara pelajar.

Teamwork skills are one of the most important elements that complement the soft skills in producing competent and quality individuals as well as balanced from an academic and interpersonal point of view. This matter has been discussed for a long time and is still in the process of improvement in overcoming the issue of marketability and unemployment among students, especially those who have just graduated at the tertiary institution level. So it is not surprising when this matter often gets attention from various parties who play a role in producing students or human capital who are potentially equipped with soft skills to meet the current market through activities carried out, including through the teaching and learning process (PdP). Thus, this study was conducted to assess the level of teamwork skills among students and determine the relationship between cooperative learning methods with teamwork skills among students of International Islamic University College Selangor (KUIS). A total of 170 respondents were selected among students from the Faculty of Management and Muamalah, KUIS. The data obtained were analyzed using SPSS software by conducting descriptive analysis and pearson correlation. The results show that the level of teamwork skills of students is at a high level and there is a positive and significant relationship between cooperative learning methods with teamwork skills among students. This proves that the cooperative learning method is able to motivate students in the lesson that is in line with the skills of working in teams of students because there is discussion and cooperation between students.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail & Jegak Uli. (2004). Kemahiran Bolehkerja: Keseimbangan Antara Tuntutan Majikan dan Penguasaan Pelatih. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Siswazah Pengajian Pendidikan, UPM, 11 September 2004.

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksaan dan Penerimaan Pelajar. Journal Personalia Pelajar 18(1), 1-12.

Anitha Sundrum & Muthukumaran Kanasan. (2013). Students’ Perception on the Effectiveness of Teamwork Based Activities in Enhancing the Learning Process. Eurasian Journal of Social Sciences, Eurasian Publications, vol. 1(2), pages 52-60.

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Dan Motivasi Murid Sekolah Menengah Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 11-23.

Bobbette M. Morgan. (2012). Teaching Cooperative Learning with Children’s Literature. National Forum of Teacher Education Journal Volume 22, Number 3, 1-12.

Che Mohd Syaharuddin Che Cob, Bahyah Abdul Halim & Aziz Amin. (2017). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Prestasi Kerja dalam Kalangan Penjawat Awam: Satu Kajian Teoritikal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 4 (1): 67-75

Chua, Y.P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. McGraw-Hill Malaysia.

Fadillah Ismail, Radin Hamimah Mohamad, Nur Raihan & Dayana Khamis. (2021). Penguasaan Kemahiran Insaniah Melalui Penglibatan dalam Kokurikulum Pasukan Bomba Bantuan Institusi. Research in Management of Technology and Business Vol. 2 No. 1, 427-445.

Fah, L.Y. & Hoon, K.C. (2009). Pengenalan Kepada Analisis Data Komputer Dengan SPSS 16.0 Untuk Windows. Selangor: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2009). How To Design And Evaluate Research In Education (7th Ed). New York. Mcgraw-Hill.

Ishani Aggarwal. (2019). Cognitive Style Diversity In Teams. Doctor of Philopsophy, Tepper School of Business. Garnegie Mellon University.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2019). https://www.mohe.gov.my/muat-turun/awam/statistik?limit=15&sort=title&direction=desc.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.

Linda Riebe, Antonia Girardi & Craig Whitsed. (2016). Teaching Teamwork Skills in Australian Higher Education Business Disciplines. Teaching & Learning Forum, 1-11.

Mahlagha Darvishmotevalia, Levent Altinay & Glauco De Vita. (2018). Emotional intelligence and creative performance: Looking through the lensof environmental uncertainty and cultural intelligence. International Journal of Hospitality Management, 44-51.

Martini Binti Mohamad. (2018). Pengaruh Persekitaran Pembelajaran Terhadap Kemahiran Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Diploma Kolej Vokasional Malaysia Di Selangor, Serdang. Tesis Ijazah Master Sains, Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.

Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, Abu Zarrin Selamat, Mohd Fauzi Ali & Mohd Husni Abd Halid. (2021). Tahap Kemahiran Generik Dalam Melahirkan Kepemimpinan Mahasiswa Berwibawa di Politeknik. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research,1(1), 78-91.

Mohammad Azri Amatan, Crispina Gregory K. Han & Vincent Pang. (2021). Kesahan Kandungan Soal Selidik Faktor Konteks, Input dan Proses Terhadap Penerimaan Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Menggunakan Nisbah Kesahan Kandungan (CVR). International Journal of Advanced Research in Future Ready Learning and Education 23, Issue 1, 10-22.

Mohd Lazim Abdullah & Wan Muhamad Amir Wan Ahmad. (2013). Analisis Data dengan Statistik Asas. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.

Mohd Saleh Abu & Zaidatun Tasir. (2001). Pengenalan Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 for Window. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Kajian Rintis bagi Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pendidikan Akidah Sekolah Rendah di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, Vol 2, No.2, 55-60.

Nadia Abdul Rahim, Nor Aqilah Meor Fadzir, Nur Adilah Hani Zaimal, Firli Fairulyzan Arias Yahaya, Zatul Iffah Zainol & Mohd Razimi Husin. (2021). Implikasi Gaya Pembelajaran Koperatif Subjek Sains Bagi Murid Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang. Journal of Humanities and Social Sciences, Vol. 3, No. 2, pp. 57-66.

National Association of Colleges and Employees (2018). Job Outlook Survey. Bethlehem.

Noor Lela Ahmad & Nor Atikah Majid. (2018). Program Praktikum Sebagai Medium Pengukuhan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(2), 17-27.

Norazila Mat, Muhammad Syaqif Noordin, Nur Atiqah Abdullah, Nazri Muslim & Jamsari Alias. (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar Melalui Badan Beruniform Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 33-46.

Nurhafizah Suradi & Hazlin Falina Rosli. (2020). Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Satu Tinjauan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Proceeding of the 7th International Conference on Management and Muamalah 2020 (ICoMM 2020), 306-317.

Rasathi Selvarajah, Nurfaradilla Mohd Nasri & Ahmad Zamri Mansor. (2021). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Semasa Penghasilan Boneka Tongkat Terhadap Kemahiran Komunikasi dan Kemahiran Berpasukan Murid. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 2, p. 72-83. ISSN 2682-826X.

Rosima Alias, Mohd Izham Mohd Hamzah & Nora Yahya. (2013). Keperluan Generik: Antara Aspirasi Majikan dengan Keperluan Pekerja Profesional. Jurnal Pengurusan 37, 105-114.

Siti Halijah Ngadiman & Mohd Faizal Jamaludin. (2018). Hubungan di antara Kemahiran Kerja Berpasukan dan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Politeknik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, (3) (19), 01-18.

Siti Zakaria & Ruslin Amir. (2017). Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar Pengajian Islam. The Malaysian Journal of Islamic Sciences, 89-108.

Tee Tze Kiong, Norfazira Fadzil, Jailani Md Yunos, Yee Mei Heong, Mimi Mohaffyza Mohamad & Widad Othman. (2019). Pembangunan Modul Strategi Pembelajaran Koperatif Bagi Bakal Pensyarah Kolej Vokasional. Online Journal for TVET Practitioners, Vol 4, No. 2, 11-29.

Ummi Salehah Hamzah & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Kajian Meta Analisis: Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Motivasi Pembelajaran Murid. Jurnal Pendidikan Sains Sosial (JOSSR), Volume 3 Issues: 9, 21-33.

Zafir Mohd Makhbul, Ishak Yussof & Abdul Hair Awang. (2015). Antara realiti dan harapan – Kajian empirikal persepsi majikan. Malaysian Journal of Society and Space, 27-36.

Zaliza Hanapi, Mohd Shazielan Mohd Shariff, Azlina Paijan, Abu Bakar Mamat & Faizah Abu Kassim. (2018). Indikaor Kemahiran Employbility dalam Kalangan Graduan Pendidikan. Sains Humanika, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Published

2022-06-30

How to Cite

Safura Ahmad Sabri, Mohamad Nazan, H. F., & Jamlus Rafdi, N. (2022). Hubungan di antara Kaedah Pembelajaran Koperatif dengan Kemahiran Bekerja Secara Berpasukan dalam Kalangan Pelajar KUIS: The Relationship between Cooperative Learning Methods and Teamwork Skills among KUIS Students. Journal of Management and Muamalah , 12(1), 94 - 106. Retrieved from https://jmm.kuis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/122